Isnin, 24 September 2012

Tahukah diri anda sebenarnya

Tahu kah anda bahawa diri kita ini terbahagi kepada 3 bahagian? 1. Jasad dengan anggota kaki, tangan bersama jari jemari, kepala bersama mata, telinga, hidung, mulut. 2. Otak dengan kebolehan berfikir dan menyimpan matlumat serta mengawal anggota. 3. Roh yang disebut orang sebagai nyawa kita, malangnya tak ramai orang yang  lebih suka menyebut sebagai zat ALLAH.
Majoriti orang hanya menggunakankan otak untuk berfikir dan anggota untuk menyelesaikan aktiviti nya. Itu pun kadang kadang. eh tak terfikir pulak nak buat itu dan ini. Jangan sampai melintas jalan pun tak fikir, kemalangan nanti. Cakap punya cakap, ialah mulut yang cakap, eh eh apa yang aku cakap ? Hingga ada kata kata telajak jalan boleh undur tapi kalau dah masuk longkang tak jugak boleh undur, telajak kata kata, mmm padah nya tanggung sendiri. Malang jika orang lain pulak yang jadi sasaran. Kini, apa orang kata, ikut aje bulat bulat mungkin kerana orang yang berkata tu berserban, berjubah, ke masjid, dah pegi haji di gelar ustaz atau ustazah, dato dan datin. Dah kena aniaya baru sedar, diri dirundung malang, tergadai diri, harta benda, nak tunggu sampai tergadai negara dan keimanan diri ke? ni baru pemimpin kecil belum bertemu dajjal. Na uzubillaah minzalik.
Tahukah anda bahawa zat ALLAH mengandungi roh (nyawa), nafas, deria deria panca indera, buli buli penyimpanan matlumat dan perasaan. Ianya berangkai dan bila ia diperintah keluar atau dicabut keluar, walau tak nampak, halus, setengah orang mengatakan Aduuuh, sakiiitnya, ya ALLAH, tak terkata sampai ade yang nak mengucap pun tak lepas. Astaghfirullah al aziim. Jika nak tahu. masa tulah, hembusan nafas yang terakhir yang menandakan zat tersebut keluar, hembus pun bukan macam hembus belon masa hidup. ketika itulah hebat nya orang itu, hilang tak berdaya langsung.
Maka kenali lah zat ALLAH yang ada dalam diri kita ini. dan ambil iktibar dari pengetahuan ini sebelum dia dipanggil atau dijemput keluar.